Blog Sama Tuan Tanah

Followers

Salam pembaca semua, semua fakta di sini digarap dan diambil daripada buku ilmiah. Jikalau ada fakta yang salah, harap maaf dan diharap anda dapat membetulkan apa yang silap. Jikalau ada sebarang pandangan, cadangan atau kritikan, saya selaku penulis blog dengan rela hati menerimanya.

Silakan letak pendapat anda di ruang chat atau ruang komen. Sila berikan buah fikiran anda. Terima kasih Malaysia!
-Syed Azharul




******

Ulasan Buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia?

Karya Syed Azharul Asriq | 9:44 AM | , , , , , | Comments

Tajuk Asal : Allazina Sakanu al-Ardha Qablana

Pengarang : Muhammad Isa Dawud

Penterjemah :

Irwan Kurniawan (Bahasa Indonesia)
Mukhtar Yusuf (Bahasa Malaysia)


Terbitan :
Pustaka Hidayah (Indonesia)
Pustaka Syuhada (Malaysia)

[siapa+penghuni+bumi+sebelum+manusia.jpg]
Edisi Malaysia: Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia?

Salam semua! Menurut penerbit, buku ini adalah karya terbaru selepas buku “Dialog Dengan Jin Islam” dan “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”.

Buku yang bertajuk di atas sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia dan 1997 barulah diterbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini. Barangsiapa yang berlegar-legar di kedai buku dan terpandang tajuknya, pasti akan terus membelinya.

Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu.

Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika pula...

Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-

1. Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.

2. Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.

3. Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.

4. Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.

5. Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.

6. Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.

7. Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.

8. Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.

9. Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.

10. Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak, manuskrip-manuskrip kuno, al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.


ULASAN MENGIKUT TOPIK


1. Kita, Sebelum Membicarakan Mereka (ms 1-36)


Dilahirkan….letih…kemudian mati

Dilahirkan….kini letih…..dan belum mati…. namun pasti akan mati

Isa Dawud menyatakan bahawa itulah ringkasan hidupnya. Ya, samalah dengan penulis sendiri dan para pembaca sekalian. Memang kita letih bekerja, belajar dan beribadat dan semua itu akan menghala kepada satu matlamat iaitu ‘kematian’.


Anatoli Francis

Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernama Zemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu. Namun, hajatnya hampir2 tidak kesampaian apabila beliau hanya dapat mengetahui sejarah manusia apabila sedang nazak...

Apakah sejarah manusia?

Lahir....sakit...kemudian mati....


Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagu mengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) di Sungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?


Ashley Montagu


Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.

Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan.

MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Pembodohan Pembahasan Tentang Bahtera Noh (ms 36-52)

Sub-topik ini membicarakan sepenuhnya pembohongan orang-orang Yahudi yang cuba menyatakan kebenaran Taurat palsu mereka mengenai tempat sebenar bahtera Nuh mendarat. MID mengupas fakta-fakta yang dikemukakan oleh John Leiby yang yakin bahawa bahtera Nuh terdampar di Gunung Ararat, Timur Turki.





MID juga menegaskan orang Yahudi sanggup melalukan ekspedisi untuk membuktikan bahawa kenyataan Taurat mereka adalah benar (walaupun mereka tahu ianya palsu belaka). MID memberikan contoh ekspedisi yang dilakukan oleh Frederick Barot dari Jerman yang melakukan pendakian di sebuah gunung di Armenia.


http://cache.eb.com/eb/image?id=5254&rendTypeId=4
Gunung Armenia yang dikatakan terdamparnya bahtera Nabi Nuh


Kenyataan-Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradiksi-Kontradiksi Dalam Injil (ms 53-90)

Di dalam topik ini penulis amat tertarik dan masygul kenyataan berikut :

“…..Al-Quran Al-Karim adalah kitab pertama yang dikenal manusia, yang mengkaji tingkatan-tingkatan lapisan bumi, menyingkapkan ketersembunyiannya melalui penggalian-penggalian dan peninggalan-peninggalan di perut bumi. Itu adalah kajian yang sekarang disebut, Geochronologic Study. Kerana kita sebagai manusia tidak menyaksikan penciptaan bumi dan penciptaan diri kita sendiri. Allah SWT membukakan untuk kita pintu kajian hakikat-hakikat ini tempat kita hidup dan melimpahinya. Dan kita merupakan bahagian daripadanya, agar kita melihat, belajar dan memahami…”


Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah SWT. Tinggal hanya untuk umat Islam mencar dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi.

Penentuan jarak masa antara Adam dan Nabi Isa tidak kurang dari 10 juta tahun. Penentuan masa ini dibahas berdasarkan pendapat beberapa tokoh iatu Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman.

MID dalam membincangkan umur manusia tertua seperti biasa memasukkan unsur-unsur sains dalam perbincangannya. Dalam topik ini, MID menjelaskan bagaimana atom-atom proton, eon dan neutron digunakan bagi menentukan umur terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Perbahasan kaedah saintifik ini agak panjang iaitu dari mukasurat 65 hingga 73.

MID juga menjelaskan kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucas dan Injil Mathew dalam membincangkan soal umur manusia tertua. dan

Selain itu, kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.

Lima Juta Tahun Sebelum Adam (ms 91-109)

* Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.

* MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh Herbert, Blatsber, William Morrow, Charles Thomas, Ashley Montagu dan Alfred Kroeber.

* Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;

“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“

* MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.

* Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.


Misteri Di Danau Kematian Dan Api Yang Besar Dan Misteri Terbesar Bersama Setiap Batu Atau Peninggalan (ms 163-184)


Gunung Berapi St. Helen, Montana,US

Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan misteri Gunung Berapi Saint Helen di Montana, Amerika Syarikat.

Huraian misteri gunung berapi ini kemudian diakhiri dengan ulasan tentang sejarah penemuan negara Amerika dan asal usul namanya sekali.

Kemudian, perbincangan yang panjang-lebar telah ditumpukan pada sejarah kuno negara Australia melalui lagenda-lagenda yang dituturkan oleh suku-suku orang asli di sana seperti Aborigin, Arunta, Warra Munga, Binbinga dan Kamiliol.



Orang Asli Aborigines Australia


Orang Asli Warramunga, juga dari Australia

Perbahasan tentang negara Australia diketengahkan kerana Muhammad Isa Dawud cuba membuka persoalan berkemungkinan bahawa negara Australia yang seperti pulau besar itu adalah bongkahan dari jatuhan serpihan-serpihan planet lain.

Muhammad Isa Dawud kemudian membongkar pula bukti-bukti dari lagenda-lagenda di Peru, Amerika Selatan. Perbahasan mengenai Peru tertumpu kepada misteri bentuk-bentuk fizikal tempat-tempat ibadatnya. Bukti-bukti penemuan ahli paleantologi mengenai lembah-lembah di Peru juga dibahaskan dengan panjang.

Banyak lagi topik best! Bacalah buku ini!

Bagi pembaca semua, bila anda membaca buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia versi Pustaka Syuhada, buku tersebut hanya mengandungi2 ayat sahaja serta kekurangan gambar. Mungkin ada pembaca yang cepat bosan jika langsung tidak banyak gambar dalam buku bukan?

Bahasa yang diterjemah ke Bahasa Malaysia kurang tepat walaupun dilakukan oleh orang Malaysia, masih terdapat beberapa perkataan Indonesia yang tidak diterjemahkan. Ini mungkin menganggu kekusyukan membaca dikalangan pembaca Malaysia.

Agak mengecewakan pihak penerbitan Pustaka Syuhada (Malaysia) tidak menterjemah sendiri dari buku asli dalam bahasa Arab. Terjemahan atas terjemahan akan merosakkan beberapa ayat dan cara persembahan asal penulis buku tersebut.

Font editing kurang kemas dimana perbezaan huruf tidak dibuat pada sebahagian ayat-ayat al-Quran, hadith dan pandangan penulis buku. Sebaiknya dialog, hadith dan pernyataan penulis di asingkan dalam perenggan (paragraph) lain.

Namun demikian usaha pihak Pustaka Syuhada menerbitkan tulisan Muhammd Isa Dawud amatlah dihargai. Mudah-mudahan pihak penerbit (Pustaka Syuhada) dapat membaiki kelemahan-kelemahan ini disamping menerbitkan lebih banyak lagi karangan-karangan ilmiah para penulis Arab di lain masa. InsyaAllah…

NuffnangX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...