Blog Sama Tuan Tanah

Followers

Salam pembaca semua, semua fakta di sini digarap dan diambil daripada buku ilmiah. Jikalau ada fakta yang salah, harap maaf dan diharap anda dapat membetulkan apa yang silap. Jikalau ada sebarang pandangan, cadangan atau kritikan, saya selaku penulis blog dengan rela hati menerimanya.

Silakan letak pendapat anda di ruang chat atau ruang komen. Sila berikan buah fikiran anda. Terima kasih Malaysia!
-Syed Azharul




******

Buku Dajjal Sudah Muncul Dan Akan Muncul

Karya Syed Azharul Asriq | 12:09 PM | , , | Comments

Saya telah menjumpai artikel menarik mengenai buku perihal Dajjal.

Dipetik dari IbnuYaacob.com :


book44232


Dewasa ini, sejak 1990-an yakni sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam.

Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah;

  • Dajjal akan muncul …
  • Dajjal sudah muncul …

Kami mentafsirkan kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal. Jadi, mana satukah yang tepat?

Sebenarnya kedua-dua teori di atas adalah tepat mengikut kaedah pendirian masing-masing.

Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-legar atas kemampuan ilmu masing-masing.

Teori Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda yang dibawa Muhammad Isa Dawud ada logik dan kukuh dari segi hujahnya. Muhammad Isa Dawud menerbitkan teori tersebut berasaskan fakta-fakta dari Al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan manuskrip-manuskrip yang dijumpai.

Manakala pembentang teori Dajjal telah muncul atau sudah muncul dari Khurasan pula berdiri kukuh di atas fakta-fakta hadith sahih dan suasana isu-isu semasa.

http://images.nazzier.multiply.com/image/2/photos/upload/300x300/RN1unwoKCkEAAB5gHX01/Picture-016.jpg?et=deiGPyPvtg2wSIsWh3HMXQ&nmid=9582668

Teori Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda

Teori yang diperkenalkan oleh Muhammad Isa Dawud merangkumi dua teori mikro di bawahnya. Di dalam bukunya yang terkenal itu, beliau mengemukakan dua teori dalam satu tajuk. Teori pertama ialah Dajjal akan muncul dan teori kedua ialah Dajjal berada di Segitiga Bermuda.

Maksud Dajjal akan muncul sepanjang pengkajian kami terhadap karangan Muhammad Isa Dawud ialah Dajjal itu sudah sedia ada sejak ribuan tahun dahulu, berumur panjang, tidak mati dan sedang bersembunyi di tempat yang misteri iaitu Segitiga Bermuda.

Jika dibaca penulisan Muhammad Isa Dawud dan hujah-hujahnya, kita akan melihat bahawa Muhammad Isa Dawud mempercayai bahawa Dajjal bukan terkurung di sebuah pulau sekarang ini. Muhammad Isa Dawud percaya kurungan dan rantai besi yang membelit Dajjal sudah lebur dan Dajjal sudah terlepas bercampur-baur dengan masyarakat.

http://1.bp.blogspot.com/_kF1AASnqooU/SYPPqrD1KEI/AAAAAAAAAGA/wkzlDwOHZcg/s320/DSC00326.JPG

Teori Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan

Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah adaptasi dari hadith nabi yang berbunyi;

Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.”

(Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Teori yang yang dibawa oleh penulisnya iaitu Abu Fatiah Al-Adnani menerima sambutan yang hebat khususnya di Indonesia. Ianya diterbitkan oleh penerbit masyur dari Indonesia iaitu Granada Mediatama.

Teori yang dibawa oleh penulis ini juga seperti Muhammad Isa Dawud, tajuknya terkandung dua teori utama iaitu Dajjal telah pun muncul dan Dajjal itu ada di Khurasan. Kupasan ilmu dari penulis ini juga hebat dan boleh dijadikan rujukan untuk menambah pengetahuan.

Kesimpulan

Kami berpendapat kedua-dua penulis ini bersetuju Dajjal adalah manusia yang bukan bersifat kelahiran semula. Ia membesar dari kecil seperti kebanyakan orang. Dajjal juga sudah sedia wujud sejak ribuan tahun dahulu dengan umur yang panjang.

Cuma yang membezakan kedua-dua teori dari Muhammad Isa Dawud dan Abu Fatiah Al-Adnani ialah kedua-duanya mempunyai pandangan peribadi tentang tempat tinggal Dajjal. Isa Dawud mempercayai Dajjal sekarang ada di Segitiga Bermuda dan Abu Fatiah percaya Dajjal berada di Khurasan.

Wallahu’alam …

-------------------------------------------------------

p/s

Seleksi Buku: Khurasan merupakan nama tempat yang dinyatakan dalam hadis di mana lokasi munculnya Dajjal.

Rasulullah saw bersabda: Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

AbĂ» Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Kedua-dua buku ini memang menarik kupasannya. Cuma yang berbeza ialah Muhammad Isa Dawud mengatakan Dajjal akan muncul di Segitiga Bermuda manakala Abu Fatiah pula mengatakan Dajjal sudah muncul di Khurasan. Namun, dalil yang diberikan tiada yang bercanggah atau terpesong. Kemungkinan Dajjal sekarang bermarkas di Segitiga Bermuda dan mengisytiharkan dirinya kepada dunia di Khurasan. Wallahualam.

Dapatkan buku - buku ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Kedua-duanya best!

Buku Dajjal Sai Babab boleh dibeli di sini, klik:

NuffnangX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...