Blog Sama Tuan Tanah

Followers

Salam pembaca semua, semua fakta di sini digarap dan diambil daripada buku ilmiah. Jikalau ada fakta yang salah, harap maaf dan diharap anda dapat membetulkan apa yang silap. Jikalau ada sebarang pandangan, cadangan atau kritikan, saya selaku penulis blog dengan rela hati menerimanya.

Silakan letak pendapat anda di ruang chat atau ruang komen. Sila berikan buah fikiran anda. Terima kasih Malaysia!
-Syed Azharul




******

Buku Ganyang Malaysia: Punca Indonesia Semakin Membenci?

Karya Syed Azharul Asriq | 3:48 AM | Comments

Cubalah anda baca buku Ganyang Malaysia...




Salam, Syed Azharul Asriq

13 Buku Rekod Negeri-Negeri Malaysia oleh Ghulam Jie M Khan

Karya Syed Azharul Asriq | 9:03 PM | Comments

Dah lama tak update. Pada hari Rabu yang bertarikh 18 April 2012, saya telah nekad membeli satu set buku Rekod Negeri-Negeri di Malaysia terbitan Ghulam Jie M Khan. Jeng jeng jeng


Bukan 2 buku, bukan 3 buku, bukan 10 buku...tapi 13 buku!  Tapi sebelum itu....
pernah dengar nama Ghulam Jie M Khan, pengasas rekod di Malaysia??
Takkan tak pernah nampak kot buku-buku title macam ni...



Buku atas ni saya selalu jumpa di perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam ketika dulu..sekarang ni nak cari buku kat atas tu memang susah. Buku di atas tu terbit tahun 1990an dulu..mungkin anda semua pernah baca buku genre2 sebgini masa kecik dulu...

Kali ni, saya nak kongsi alkisah mengenai buku-buku ini written by Ghulam Jie M Khan (saya panggil Uncle Ghulam je) dan semua buku menceritakan rekod-rekod unik dalam negeri masing-masing.
13 buku, 13 negeri.

Gambar ilustrasi pada kotak:






Buku pertama yang saya baca... buku REKOD JOHOR. Memandangkan saya ni anak jati Johor muahaha, buku inilah yang pertama sekali saya hadam dalam siri Rekod Negeri.






Sultan pertama mangkat dijulang di Johor?? = Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Batu nisan sultan tertua di Johor? = baca sendiri....hahahah
Jambatan paling bersejarah di Johor? = jambatan di ... rahsiaaa


Buku kedua saya baca...buku Rekod Melaka. Melaka Bandaraya Bersejarah..





Nogori sombilan pulo






Buku rekod Selangor






Buku rekod Negara Sarawak





Cuba baca rekod Pahang pula...





Setakat ni baru 9 buku daripada 13 buku dah dibaca. Time to read more! Di masa akan datang, saya akan cuba review setiap buku-buku rekod ini. Terbit tahun 2010, setiap buku dipenuhi ilustrasi yang menarik dan kebanyakan gambar foto diambil oleh pengarangnya sendiri. You never know what you will know tomorrow.

Salam, Syed Azharul

Perpustakaan Mini dalam Proses

Karya Syed Azharul Asriq | 6:46 AM | , | Comments

Waduh waduh, perpustakaan aku ni dah berselerak dah. Asyik sibuk membaca je, buku sendiri dah tak tersusun.







Perlukan banyak masa menyusun ni! Aku teringin sangat nak dapatkan almari macam dalam perpustakaan biasa. Buku cantik kemas tersusun. Tapi apakan daya, bilik aku ni dah sempit. Too bad.

Koleksi Buku Saya Baca Februari 2012

Karya Syed Azharul Asriq | 1:08 AM | , , | Comments

Salam semua. Lama tak update, mana taknya. Buku2 yang dibaca masih betenggek-tenggek. Banyak lagi tak habis. Kalau dah habis baca, insya-Allah saya update di sini.

Tajuk-tajuk yang saya baca bulan ini:


Fatimah Az-Zahra' &  9 Keturunannya Yang Mulia




Buku menceritakan secara ringkas kisah hidup Fatimah Zahra, anak Nabi dan 9 Orang Imam Syiah
Dari Imam Ali Zainal Abidin sampailah Imam Muhammad yang terakhir sekali

Buku Ali bin Abi Thalib The Glorious



Buku Kisah Saiyidina Husain Cucu Nabi SAW



Buku The Malay Magician 



Buku Mari Kenali Mu'awiyah



Buku Masyhur Tapi Tak Shahih dalam Sirah Nabawiyah



Buku Terputusnya Wahyu dari Langit



Buku Mari Kenali Keluarga Rasulullah



Salam, Syed Azharul

Komik Menarik: Transformasi Najib VS Reformasi Anwar

Karya Syed Azharul Asriq | 12:20 AM | , , | Comments

Salam semua. Lama betul tak update. Kecoh awal tahun 2012 bila DS Anwar dibebaskan daripada mahkamah dalam kes liwat, sampai ada perhimpunan 901 segala.
Pernah dengar Transformasi?
Pernah dengar Reformasi?

Pernah dengar......

TRANSFORMASI VS REFORMASI ???

Harap maaf, saya sekadar berkongsi sebuah komik. Bukan bermakna saya cenderung ke arah mana-mana parti ya. Harap maklum.

Mempersembahkan.......




Nanti dulu, ada banyak lagi......

Buku ala Komik Sun Tzu: THE ART OF WAR

Karya Syed Azharul Asriq | 9:47 PM | , | Comments

Salam semua.  Rasanya kita masih lagi dalam mood kemerdekaan.Cuma sekarang ni tengah kecoh isu siapa pejuang kemerdekaan yang sebenarnya.

Walaupun ada yang marah kat Mat Sabu, tapi kalau kita fikir-fikir balik, sekurang-kurangnya beliau telah buatkan semua rakyat Malaysia kembali baca & kaji semula sejarah cari siapa sebenarnya pejuang-pejuang negara yang telah menggadai nyawa lawan penjajah. Dan baru kita sedar sikap kita yang tak pernah hargai jasa-jasa:
-

Libau a.k.a Rentap
Pahlawan Dayak (Iban) yang lawan penjajah Inggeris pada 1850an.
-
Mat Kilau
Pahlawan Pahang yang lawan penjajah Inggeris pada 1890an.
-
Tok Gajah
Pahlawan Pahang yang lawan penjajah Inggeris pada 1890an.
-
Tok Janggut
Pahlawan Kelantan yang lawan penjajah Inggeris pada awal 1900an.

dan sebagainya.
Itu pejuang generasi pertama.
Generasi ke-2 pulak bermula sekitar 1930an:
-

Ahmad Boestamam
Ibrahim Yaakob
Dr.Burhanuddin Helmi

dan ramai lagi pejuang-pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Tapi saya tak dapat huraikan semuanya sebab anda boleh cari sendiri info-info pasal mereka kat mana-mana.Cuma yang saya boleh cakap jasa-jasa mereka menentang penjajahan Inggeris seolah-olah sengaja
dihilang & dipadamkan dalam buku-buku sejarah yang diajar kat sekolah-sekolah.

Dan yang lebih menghairankan kita sekarang ialah,tiba-tiba ada usaha nak tukar istilah kononnya Inggeris tak pernah menjajah tapi cuma menaungi Tanah Melayu sahaja!
Eh? Apa benda ni? Apa yang diorang cuba buat ni??
Wallahua'lam.

Anda fikir la sendiri.

Baik,kita balik pada topik.
Buku yang  nak review kali ni adalah bertemakan perjuangan & peperangan.

Tapi bukanlah niat saya nak ajak orang lawan kerajaan,tapi cuba kita tengok kalau-kalau ada point-point yang boleh kita ambik sebgai inspirasi & motivasi kepada diri sendiri dalam mengharungi hidup ini.
Kali ni saya nak cerita pasal satu buku yang menarik. Memang menarik. Buku mengenai kesenian peperangan, atau dalam Bahasa Inggeris, ART OF WAR.


-



Ilustrasi : Wang Xuanming
Penterjemah : Muhammad Firdaus AriffPenerbit : PTS Professional Publishing Sdn.BhdWebsite : www.pts.com.myEmail : ptsprofessional@pts.com.myISBN : 978-967-369-099-2Harga : RM 23.00 (Semenanjung M'sia)RM 26.00 (Sabah/Sarawak)

Sebagai info,Art of War ni dikarang oleh Sun Tzu kira-kira 2300 tahun dahulu & ia adalah buku ketenteraan yang pertama didunia! Tapi siapa Sun Tzu ni?





Dalam konteks moden,Art of War karya Sun Tzu sangat popular kat seluruh dunia.

Pada 1961,Field Marshal Bernard Law Montgomery dari Britain telah cadangkan kepada Mao Zedong supaya Art of War disenaraikan sebagai buku teks rasmi bagi kursus-kursus di Akademi Ketenteraan Dunia.

Dan sekarang Art of War adalah subjek wajib bagi para pelajar yang ambik jurusan Strategi & Sains Ketenteraan di kebanyakan universiti terkemuka Amerika.

Malah National Defense University letakkan Art of War sebagai subjek pertama bagi kursus strategi yang direka untuk jeneral-jeneral Amerika,diikuti dengan On War sebuah karya klasik ketenteraan oleh Jeneral Prussian iaitu Carl von Clausewitz (1780-1831). Kat bawah ni ada disertakan karya asal Art of War.
Cuma saya tunjuk sampai bab 6 je.

Buku Raja Melayu, Kerabat dan Pembesar sudah dibeli!

Karya Syed Azharul Asriq | 7:03 PM | , | Comments

Salam semua. Syukur alhamdulillah dpt pun saya membeli buku Buku Ghulam Jie M Khan - Raja Melayu, Kerabat dan Pembesar yang berharga RM300++





Dapat pun beli..syukur!

Apa yang best dalam buku ni?

......JWW Birch dibunuh pada hari raya?
.....Tunku Abdul Rahman dihina British?
.....Sultan Johor Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaya?
.....Siapa Sultan Johor yang menjadi diktator dan dibunuh?
.....Sultan Johor gaduh dengan Dato' Onn?
......Kenapa Istana Sultan Johor tak diserang Jepun?
......British halau Sultan Singapura?
......Siapakah Raja Sarawak?

Menarik? Nanti selepas saya habis baca, review penuh bakal muncul..jeng jeng jeng
Salam, Syed Azharul

Buku Aneh Binti Ajaib karya Hasan Ramadhan

Karya Syed Azharul Asriq | 7:12 PM | , , , | Comments

Salam semua. Setelah baca buku peristiwa ajaib agama Kristian, kali ni saya nak review buku peristiwa ajaib sepanjang sejarah orang Arab pula...jeng jeng jeng




Tajuk: ANEH BINTI AJAIB
Halaman: 152 halaman
Pengarang: Hasan Ramadhan
Bahasa: Bahasa Indonesia

Sinopsis:

Tahun 572 H seorang laki-laki mengandung dan melahirkan bayi. Setelah itu, pada tahun 597 terjadi kegemparan besar di Mesir. Pada saat itu penduduk sampai memakan anjing, mayat, dan anak-anak kecil karena wabak yang melanda.


Mengejutkan! Ketika membaca buku ini kita seperti terseret ke masa lalu dengan keanehan demi keanehannya. Kisah yang terkadang membawa kita pada jambatan antara ada dan tiada. Believe or not!


Hamparan peristiwa yang terjadi di sepanjang perjalanan sejarah yang diungkap dalam buku ini akan menjadi samudera pelajaran bagi kita. Kisah yang diambil dari lautan indah dalam kitab besar 'Al-Bidayah wan Nihayah' karya Ibnu Katsir. Satu kitab besar yang menjadi rujukan penting dalam sejarah.


Anda akan diajak mengetahui keajaiban dan keunikan tentang bangunan, makhluk, kecerdasan, dan pelbagai keadaan lain dari masa ke semasa. Dengan mengetahuinya, ada banyak hal yang akan kita pelajari dari sisi luar hidup kita.

Buku ini saya belum habis baca lagi. Baru baca sikit2....contoh cerita2 menarik yang ada

.....haiwan pelik yang mencetuskan kekacauan di Baghdad 304 Hijriah
.....peristiwa penemuan kepala Nabi Yahya di Masjid Umawi
.....Jack The Ripper versi tamadun Iraq silam
.....saiz Harut dan Marut yang digantung terbalik seperti gunung
.....kitab Musailamah Al Kazzab
.....Al Hallaj dan sikap eksentriknya
......Penggali kubur dikebumikan oleh si mati di Baghdad 686H
......Kubah setinggi Kaabah?
......Percaya atau tidak?? Believe it or not! Believe it or else!

Amacam? Menarik? Kalau anda biasa baca buku Ripley's Believe It Or Not, anda pasti tertarik dengan kisah2 pelik dalam buku ini. Kebanyakan kisah diambil daripada kitab Al Bidayah Wan Nihayah karya Ibnu Kathir, dan cerita2 ini bukanlah dongeng Indonesia atau kisah 1001 Malam...ini bukan cobaan, ini betol betol... BELIEVE IT....OR NOT! (terikut2 gaya Ripley's...hehe)

Lepas habis saya baca, review penuh buku Aneh Binti Ajaib akan muncul...insya-allah
Salam, Syed Azharul

Buku Catholic's Ripley's Believe It Or Not

Karya Syed Azharul Asriq | 12:57 AM | , | Comments

Salam semua. Kali ni ada satu buku saya nak kongsi.....




Saya ada beli satu buku dari eBay Perancis yang berjudul "A Catholic's Ripley's BELIEVE IT OR NOT!". Kandungan buku ni memuatkan semua cerita mengenai kejaiban dalam agama Kristian dari zaman Nabi Isa hinggalah zaman kini. Pertama sekali, sebelum saya review lebih lanjut, saya membeli bukanlah kerana mempercayai segala keajaiban agama Kristian. Nawaitu saya, saya sekadar hanya ingin tahu. Tak salah sekadar ingin mengetahui....

Namun, seperti pesan Nabi Muhammad,

Salamah dari Abu Hurairah berkata, 'Ahli kitab membaca Taurat dengan bahasa ibrani dan menafsirkannya dengan bahasa arab untuk pemeluk Islam! Spontan Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Jangan kalian benarkan ahli kitab, dan jangan pula kalian mendustakannya, dan katakan saja '(Kami beriman kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu) '." (Hadith ke-6814 riwayat Imam Bukhari)
Jika khabar itu benar, kita tidak tergolong dalam golongan mendustakannya; dan jika khabar itu palsu, kita tidak termasuk dalam golongan membenarkannya....dan Allah lebih mengetahui

Jeng jeng jeng...



Tajuk:      A Catholic's Ripley's BELIEVE IT OR NOT
Tebal:      Err...takde tulis no m/s dalam buku
Penerbit:  Dell Publisher

Buku ini tiada muka surat, tiada bibliografi dan tiada isi kandungan, anda bukak je, yang terpampang adalah fakta fakta pelik, menarik dan ajaib mengenai Kristian Katolik




Jeng jeng jeng...mempersembahkan...fakta2 yang saya tapis untuk dipamerkan di sini...

* It is believed that St. Joseph and Mary Mother of Jesus were 19 and 16 years of age when they married.

* A Cross is a crucifix if only it bears the image of crucified Jesus (baru aku tahu!)

* Dalam Bible, ada 47 mukjizat dilakukan Jesus Christ.  Mukjizat pertama Jesus dalam Bible adalah menukar air kepada wine dalam satu majlis perkahwinan. Mukjizat terakhir ialah diangkat ke langit.

[Namun dalam Al-Quran, mukjizat pertama Isa telah dilakukan semasa masih bayi comel lagi, iaitu Nabi Isa bercakap semasa masih bayi .Quran Surah Al-Maidah:

“(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: ‘Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan roh kudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat, dan Injil, dan (ingatlah pula) di waktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah), waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir di antara mereka berkata: ‘Ini tidak lain hanya sehir yang nyata.’ Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut Isa yang setia: ‘Berimanlah kepada-Ku dan kepada rasul-Ku.’ Mereka nienjawab: ‘Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu).’” (QS. al-Maidah: 110-111)

Dalam Bible, langsung tiada kisah Nabi Isa bercakap semasa bayi....Quran telah mendedahkan satu lagi mukjizat Nabi Isa!].

* Malaikat Gabriel ditugaskan menyampai revelations of God ( Malaikat Gabriel = Malaikat Jibril = menyampaikan wahyu/revelation ).

* Semasa kota Rome terbakar, Emperor Nero menuduh Kristian sebagai punca segalanya. Ribuan lelaki, wanita dan kanak2 dibunuh.

* Lingkaran Halo di belakang kepala seseorang dalam lukisan Kristian melambangkan kesucian individu tersebut

[Apa tu halo? Halo bukan hello ya! Rujuk kat sini: Halo kepala ]

* Kebanyak maharaja Rom yang membunuh masyarakat Kristian mati merana:

-Nero, mati bunuh diri
-Domition, mati dibunuh
-Hadrian, jadi orang gila
-Marcus Aurelius, mati kebulur
-Severus, anak dia cuba bunuh dia
-Velerian, orang Parsi kupas kulit dia...sakit!
-Maxentius, dilemaskan dalam Sungai Tiber
-Diocletian, mati diserang wabak
-Julian, direjam dengan lembing sambil memekik "Galilean, thou hast conquered" !

Kesimpulannya, setiap agama mempunyai kisah keajaibannya tersendiri. Kita tidak boleh gunakan alasan keajaiban sebagai bukti kebenaran agama. Dalam Youtube, berlambak video mengenai keajaiban agama Islam. Namun itu masih belum menjadi bukti kebenaran Islam. Agama Hindu juga ada kisah ajaibnya, agama Kristian, Buddha pun masih ada perkara2 takjub berlaku sehingga kini... dan sebagai umat Islam..

....Al Quran, Sunnah, itulah yang kita pegang!
bukan kisah ajaib seperti mereka yang taksub dengan perkara2 ajaib !
Agama Kristian lagi banyak kisah2 ajaib kalau anda tahu!

Salam, Syed Azharul

NuffnangX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...